Monday, June 29, 2009

salam.
haha.mungkir janji lagi.kata itu hari previous n3 merupakan entri terakhir saya di laman sesawang ini.
hmm...perlu kot...
berapa ramai yang beritahu saya supaya membaca n3 di laman seseorang.Huh!dengar sini, kalau saya dah tak suka, saya tak ingin tahu apa-apa pun yang dia tulis ke, buat ke,saya tak suka dan tak pernah terniat lansung. so what kalau dia nak ruin hidup saya dengan cerita-cerita "sedih" dan "luka" dia tu?kalaupun melalui orang-orang ni nak beritahu yang dia nak Tuhan balas apa yang saya dah lakukan pada dia, Alhamdulillah, setakat ni saya dah dapat pengajaran saya.kenapa saya bersyukur, sebb saya sedar apa kesilapan saya,tak kiralah pada sesiapa tetapi saya masih ada peluang dan ruang untuk berubah dan betulkan diri saya daripada orang yang dah tahu diri dia salah tapi habuk dalam poket orang pulak yang sibuk nak heboh dan uarkan.
Saya tahu, saya masih lagi bertakhta dengan kukuh di hatinya, sebab itulah nak pergi bercuti ke satu tempat pun sebenarnya nak ajak saya sekali walhal saya dah pun bersuami.terhegeh-hegeh betul lah!
bila orang kata yang betul, kau marah...kau kata aku jugak yang salah...
habis tu, kau tak salah apa-apa lah?
kalau kau tak salah, apasal kau nak melenting tak tentu pasal?
apasal yang hidup kau tak tenang?
apasal hidup kau asyik gundah dulana je?
apasal asyik terpikir aku je?
apasal yang asyik nak aku musnah aje?
lagipun macam saya kata sebelum ni, apa yang terjadi pun, selagi saya dipandu iman dan akal yang waras..KAU TETAP BUKAN PILIHAN AKU!

Tuesday, May 5, 2009

Alhamdulillah,ada jugak lagi masa nak mengarang...
Hmmm...mungkin ini adalah entri terakhir saya melalui address ini...
Dan mungkin inilah juga entri yang mungkin melukakan hati mana- mana pihak..
dan mungkin juga mengukir senyuman di bibir sesiapa jua...

Saya membuka laman ini sebagai satu medium saya meluahkan segala yang saya rasa dan sebagai satu perakam mesin masa..tetapi mungkin tak tertunai juga maksud itu kerana dihambat pelbagai kekangan lain yang menuntut untuk saya melupakan seketika dunia diari maya saya ini..

Saya bukan manusia yang sempurna apatah lagi maksum dari segala khilaf kerana saya adalah manusia...NASA'..SIFAT LUPA...tetapi saya bukan pelupa...

Dan saya juga membuka laman khas ini sebagai satu medium untuk si dia MJA membaca isi hati saya..tetapi sayang, dengan wujudnya AHA, memaksa saya untuk bertindak kejam...medium ini saya gunakan sepenuhnya sementelah pelbagai kisah yang dijaja dan tanpa segan silu dia membongkar cerita yang tak perlu dan tak sepatutnya dia tahu...untuk apa?maaflah, saya tak dapat fikirkan alasan yang lain...hanya alasan dendam kerana saya memilih orang lain selain daripada dia, maka dia menaruh dendam dan ingin musnahkan apa sahaja yang ada dengan tujuannya yang kononnya mulia dan untuk melindungi saya...haha...
Saya tahu, dengan gelaran yang saya ada, banyak perkataan yang tak sepatutnya keluar dari mulut seseorang yang punya gelaran seperti saya dikeluarkan...saya berharap dengan itu dia akan faham bahawa sampai bila-bila pun dia makin terkeluar dari "senarai orang-orang yang ingin saya dampingi"...kerana saya dah penat menangis, saya dah penat merayu, dan dah penat bertekak dalam usaha saya menerangkan bahawa AHA bukanlah pilihan saya sama sekali..mungkin dengan perkataan keramat ini, dia tidak akan mengganggu lagi hidup orang yang tiada kaitan dengan dia lagi dan membiarkan saya hidup aman damai dan lapang sejahtera setelah sekian lama terhimpit soal kesilapan saya dalam proses persahabatan dahulu.Memang satu kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan dalam hidup saya adalah dengan mempercayai AHA ini..betapa tidak, saya berterus terang perasaan saya terhadap MJA kepadanya, dan sejak itu semakin kuat genggaman kerana untuk melindungi saya (kononnya!) sedangkan saya mempercayainya dan berharap dia akan faham dengan situasi saya yang tidak dapat berpaling kepada orang lain tetapi lain pulak hal yang berlaku....
Hmmm...itulah lumrah hidup,kesalahan orang lain akan terpancar jelas di mata tetapi kesalahan sendiri pun tak nampak...kan?
Dia berterusan mendesak saya sehingga kini untuk terus berhubungan dengan dia sedang pada masa yang sama dia masih terus membongkar aib saya..untuk apa lagi dibongkar cerita saya?tiada kena mengena lagi dengan hidupnya, jadi kalau anda pembaca di tempat saya, apakah wujud tujuan selain dari yang di atas terhadap saya?
Kalaupun cinta gila, dah bukan jodoh dia bersama dengan saya, apa perlunya dia mengganggu dengan panggilan2 telefon, email, blogging, mms, sms, dan bermacam jenis lagi kepada MJA?
Dia pernah bertanya tak takutkah saya kalau Mr Hubby saya tahu tentang MJA...saya katakan saya sudah pun bercerita tentang MJA pada Mr Hubby...segalanya...tiada yang rahsia...tetapi, yang si AHA ni tidak takutkah atau malukah apabila sibuk bercerita hal dalam kain saya pada orang lain dan mengorek cerita dan menyebarkan apa yang tak sepatutnya dia sebarkan pada orang lain...?tak takutkah kalau Mr Hubby saya tahu tentang itu?ingatlah...seandainya ada apa-apa yang terjadi antara saya dan Mr Hubby pun, insyaAllah, selagi masih ada kewarasan akal fikiran dan dipandu iman, AHA tetap bukan pilihan saya.
Dan saya rasa, saya tidak berhutang apa-apa lagi padanya, kalaupun saya berhutang, ingatlah, hutang maruah saya lebih besar dan hutang duit saya sebanyak beberapa ratus pun masih saya biarkan lagi belum saya tuntut...
Untuk yang itu...DIA TAK MALU KE?Lu fikirlah sendiri ye.... ;p

Saya anggap dia tak pernah wujud dalam hidup saya untuk setiap apa yang dia lakukan..sebab kalau dulu, saya masih boleh sedekahkan Al Fatihah dan berharap semoga dia sedar dan jumpa jalan bahagia dia sendiri, tapi kini tidak lagi..bukan kerana benci bukan kerana dendam, tetapi saya dah penat dan tak larat lagi nak serabutkan kepala otak saya dengan perangai sewel dia ni..

Apapun seribu kemaafan dipohon dari MJA dan keluarga, dan dari sesiapa jua yang pernah saya nytakan di sini (terkecuali AHA) atas setiap coretan yang mungkin tersenggol dan tercuit di mana-mana...

Untuk add yang baru, saya akan lansungkan pada yang terapat melalui email...
jangan bimbang ya!
dah ada artikel dan coretan2 yang tak kurang menariknya untuk dikongsi di sana nanti...TUNGGU!!!!!!

Salam bahagia dan ceria buat semua, ADIOS AMIGOS, MATA IMASHIO dan ILAL LIQA'!

Tuesday, March 17, 2009

Part II


gambar ini sentiasa menjadi kenangan cinta...
tidak pernah walau sedetik hati ini melupakan saat-saat indah ini...
biar apa jua yang mendatang...
janji tetap ku semat dalam hati
dan harapan masih menggunung tinggi
agar bahagia bersama selamanya pasti...

Bengkok atau Lurus?

Aku yg bengkok sebenarnya lurus

tapi aku bengkok

sebenarnya lurus

lurus tapi bengkok

bengkok tapi lurus

Ya! aku mengaku aku ini bengkok

tapi aku sebenar-benarnya aku ini lurus

tapi bukannya lurus yang lurus

juga bukan bengkok yang bengkok

sebenarnya aku lurus selurus bengkok

bengkok sebengkok lurus

Hahaha! Bongok kah aku?

Bagaimana ingin aku katakan pada semua yang aku ini bengkok sebenarnya lurus?

Bagaimana ingin aku fahamkan pada semua apa sifatku yang sebenar?

Atau biarkan apa yang ingin mereka kata

Biarkan apa yang mereka fikir

Kerana sebenarnya aku ini bengkok tapi lurus selurus bengkok

Kerana kebenaran tentang aku

DIA yg tahu... bengkok atau lurusnya aku.

Thursday, March 12, 2009

MJA...

Apakah aku akan terus berdosa jika wangi kasih cintamu masih melitupi segenap ruang dalam hatiku?
Kalau begitu, biarkanlah...
Apakah aku akan terus bersalah jika wangi helai rambutmu menemani ruang lena dan mimpi indahku bersamamu?
Kalau begitu, biarkanlah...
Setiap genap hati dan jiwa telah ku serahkan...
Setiap nadi dan degup jantung hanya berdetik namamu...
Mana bisa ku puput bayu yang berlalu agar hilang wangi cintamu...
Mana bisa ku anyam awan agar tersulam mimpi indahku tanpamu...
Cinta tak pernah mati dan pudar...
Ia tetap segar dan tiada yang setara dapat menggantikannya...
Kau tetap kau bertakhta dihatiku dan tiada makhluk manusia biasa pun yang setara denganmu...

Tuesday, March 10, 2009

CIS!

kau nak aku sembah kaki dan cium lutut kau ke?
aku dah buat bahagian aku, kau nak lepaskan, tak nak lepaskan, aku boleh kata apa?
aku ke engkau yang simpan dendam kesumat sebenarnya ni?
tak sudah-sudah lagi kisah aku kau nak jaja?
takpelah..kalau itu boleh buat kau PUAS HATI, teruskanlah!
jadi selepas ini, aku takkan pedulikan lagi sama sekali kisah engkau dan konco-konco kau!!!!!

Monday, March 2, 2009

sekadar berkongsi

Satu kelainan juga pada drama dalam slot lagenda tv3 kali ini...selalunya kita tengok (saya jarang tengok drama melayu sangat...klise!)bila awal ke, tengah ke, hujung cerita ker, mesti letak lagu-lagu,tak kisahlah terkini ke, terlama ke, tapi mesti letak lagu..tapi untuk drama kali ni,walaupun saya tak berapa ikuti sangat, saya tertarik sebab di hujungnya diletakkan klip selawat syifa'.
satu kelebihannya ialah,Alhamdulillah,tak perlu pergi jauh-jauh,kesannya pada anak murid saya sendiri,ramai yang hafal selawat syifa' ni bersebabkan minat tengok dramanya..bagi saya inilah yang bagusnya apabila pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam suasana yang tidak lansung..penonton terutamanya kanak-kanak mudah menyerap apa yang mereka tonton..bagi saya,kalam-kalam suci yang terbit meniti di bibir anak-anak ini,masyaAllah...sangat indah!
apapun,tahniah pada semua krew penerbitan..

Wednesday, February 25, 2009

......

Aku terlampau mahu untuk menyelam di air tenang
tapi arus deras membawa kekalutan
menghilangkan senyuman
mencipta kekerasan
memusnahkan kesenian
mengejutkan kemarahan
menghanyutkan keikhlasan

Syukur airnya masih jernih!

BAGAIMANA?

Bagaimana caranya untuk mengatur langkah tanpa tersadung kaki sesiapa?

Bagaimana untuk bertutur agar sedap didengar semua?

Bagaimana cara meluahkan pendapat yg boleh diterima pakai?

Bagaimana berbudi pada tempatnya?

Bagaimana memuji jika ada keperluannya?

Bagaimana menasihati dan diketahui keikhlasan kita?

Bagaimana hadir untuk disuka?

Bagaimana menumpang dalam dipelawa?

Bagaimana membeza antara suka dan paksa?

Bagaimana berdiri tanpa menghalang sesiapa?

Bagaimana duduk yg mendatangkan selesa?

Bagaimana memikul dan mendapat percaya?

Bagaimana beroleh kebaikan tanpa iri yg mengundang keburukan?

Bagaimana untuk setia tanpa dibayangi noda?

Bagaimana agar aku telus dan lutsinar?

Bagaimana untuk memuaskan diri dan semua sekaligus?

Bagaimana tersirat boleh dijadikan mudah seperti yg tersurat?


Batin kekanan zahir terkekiri
Kerap ketemu sebelum mati
tersalah baris huruf dipatri
pincanglah bunyi lainlah erti

Friday, February 20, 2009

Sekeping kad
Ada bait kecil larik tinta biru
Terjambak gambar depan
Ropol bunga harum wangi
Pada bingkis bintik pecah merah jambu
Kukoyakkan garis lurus panjang
Dengan hati tertanyakan
Itukah engkau yang selalu lenyap
Ketika atmaku menjentik gelisah
Dan mestikah kali ini
Kau tangkaikan
Bingkai kenangan lalu
Biarpun gundahku itulah
Ingatan hijau yang kau biarkan lembik
Dikeronyok masa

Dan..
Sekeping kad ini
Bersama nama tidak tertulis
Ada rindu yang terkucur
Pada malam tiris hujan
Sendu ini menjadi lecur